May 27, 2026 - FASSelangor FC kini berada di Thailand bagi perlawanan Akhir kedua ACC Shopee Cup™ menentang Buriram United FC di Stadium Buriram yang dijadualkan pada jam 8 malam waktu Malaysia.
Selangor FC kini berada di Thailand bagi perlawanan Akhir kedua ACC Shopee Cup™ menentang Buriram United FC di Stadium Buriram yang dijadualkan pada jam 8 malam waktu Malaysia.
Perlawanan Akhir pertama menyaksikan pasukan Buriram United FC mempunyai kelebihan satu gol selepas menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan Akhir pertama di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada minggu lalu. Baca reviu penuh di sini.
Menurut Kim Pan-gon, Ketua Jurulatih Selangor FC, pasukan telah membuat persediaan penuh untuk bangkit dalam perlawanan akhir kedua dan mengangkat trofi kejuaraan untuk Gergasi Merah.
“Ya, aksi perlawanan pertama agak sukar dan prestasi pemain tidak berada pada tahap 100% seperti yang kami harapkan daripada diri kami sendiri. Selepas perlawanan itu, banyak perbincangan dilakukan bagi memperbetul beberapa perkara dan merancang pendekatan baharu untuk perlawanan ini. Setakat ini, semua pemain berada dalam keadaan baik dan saya percaya mereka mempunyai keyakinan tinggi untuk beraksi pada malam ini. Kita mampu bangkit mengubah keputusan dan mengangkat trofi kejuaraan,” tegas Kim Pan-gon.
“Apa yang sangat penting, pada pandangan saya ialah kita perlu cepat untuk menyamakan kedudukan. Ini semestinya akan menjadi satu perlawanan yang sangat mencabar buat pasukan, jadi menjaringkan gol awal dapat mengubah jalan cerita pada malam ini. Kita telah membuat perancangan besar untuk perlawanan ini dan saya percaya hari ini akan menjadi satu perlawanan yang sangat menarik untuk para penyokong,” tambahnya lagi.
Pihak pengurusan Selangor FC sentiasa berada di belakang pasukan serta mendoakan kejayaan para pemain bagi mengharungi perlawanan Akhir ACC Shopee Cup™ ini. Ayuh, Gergasi Merah, buat kali terakhir untuk kelan Selangor FC!
Demi Kebanggaan!